My Life as SESERIAN - Batch Elysian 2024

Dari sekolah kampung ke sekolah bandar?

Tinggal asrama?

Homesick?

Yes, that's what I experienced when I went to SESERI. Actually, sekolah rendah aku tidaklah terlalu kampung tapi bila pergi ke SESERI yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur membuatkan aku seperti rusa masuk kampung. Aku ingat lagi, ketika aku mendapat surat tawaran ke sekolah itu. Sebenarnya, aku mohon ke SBP lain tetapi dapat SESERI 😅. Tambahan, aku juga dalam delema kerana tidak tahu mahu masuk ke SBP atau MRSM, namun jika dibandingkan SESERI lebih dekat dengan rumah dan MRSM yang aku dapat pula adalah MRSM Felda. Jadi akhirnya SESERI menjadi pilihan hati.

To be honest, aku memang takut nak sekolah asrama sebab akan berjauhan dengan mak ayah aku. Sudahlah nanti perlu berdikari, semua benda kena buat sendiri. But alhamdulillah aku berjaya bertahan 5 tahun di SESERI walaupun hati dan fikiran tidak henti-henti mahu PT (Pulang Terus) dan keluar dari sekolah itu untuk ke sekolah harian.

Sewaktu hari pendaftaran, aku rasa teruja sebab itu pertama kali pakai baju sekolah menengah. Kain warna lainlah kan kononnya. Apabila sampai, ramai orang sudah tiba untuk mendaftar walaupun masih awal pagi. But jangan risau, nanti akan ada senior yang akan bantu korang dan your parents untuk ke tempat pendaftaran. After selesai daftar, masa untuk ke kelas! Tingkat atas sekali pulak tu. But based on my experienced, kelas di SESERI selalu berubah kedudukan. Kejap tahun ni, form lain kat atas, kejap kat bawah. Well untuk barang seperti buku dan alat tulis, you guys don't need to worry. Sebab SESERI memang ada sediakan loker bagi setiap pelajar. Setiap kelas ada dalam 30 loker dan setiap murid akan dapat satu.

Lepas sudah letak buku apa semua, aku ke dorm untuk pilih katil, loker dan kemas barang peribadi. My first dorm is EPI 3. Oh, and for your information, SESERI ni agak unik sebab nama rumah sukan dan nama kelas based on bunga orkid. Ada 4 rumah sukan iaitu Epidendrium (EPI), Dendrobium (DENDRO), Oncidium (ONCI) dan Brassidium (BRASSI). While for kelas ada 3 iaitu Adioda, Bakerara dan Cattleya. 

After kemas barang, aku dan parents aku lawat kawasan asrama. Ada bilik kopi, bilik minda, laman ilmu, bilik basuh, bilik gosok dan sebagainya. Asrama di SESERI hanya ada 3 blok dan setiap rumah sukan akan ada 5 dorm. Bagi aku aku lebih sukan blok A dan B sebab dekat dengan surau berbanding blok C yang jauh. Penat nak berjalan pagi-pagi ke surau walaupun SESERI ni taklah besar mana. 

Selepas settle kemas barang di dorm, akan ada taklimat dan bacaan ikrar Form 1. Sinilah aku jumpa dengan batch aku. Masing-masing malu lagi tapi tunggulah bila dah rapat, perangai macam orang gila 🤣🤣. Bila dah nak petang, parents aku pun tinggalkan aku sendirian di SESERI. Nasib baik aku tak menangis walaupun rasa macam nak ikut balik rumah. 

Kalau di SBP, korang as Form 1 akan ada Minggu Silaturrahim (MSR). Maksudnya korang takkan start belajar lagi sebab akan ada beberapa aktiviti dengan PRS dan kaunseling. Waktu tulah korang belajar macam mana nak adapt dengan environment asrama, cara makan (SESERI makan guna sudu garfu ye 😌) dan dapatlah berkenalan dengan kawan-kawan satu batch. MSR untuk batch aku agak lama, hampir sebulan tak silap.

Ok that's all waktu hari pendaftaran aku as SESERIAN. Now let's talk about rules at SESERI. To be honest, SESERI ada beberapa peraturan yang buatkan aku rasa macam kenapalah aku sekolah sini. So here few things about SESERI :

1. Biasanya waktu pagi untuk hari sekolah, pagar akan kunci waktu subuh. Yes, dikunci. So setiap murid kena siapkan diri dan buat duty dorm before pagar dikunci. Kalau tidak, hadaplah PKHEM or warden bertugas untuk diorang bukakan pagar tu ye. Alhamdulillah aku tak pernah kena kunci waktu sekolah dulu.

2. SESERI wajib pakai sudu garfu. Yes, aku ada mention sebelum ni. But adalah makanan yang boleh guna tangan like roti canai and kuih muih. So pastikan korang sediakan sudu garfu sendiri dan bekas letak tempatnya. Ada jual di kedai seperti MR.DIY dan kedai dua ringgit.

3. SESERI hanya gunakan tudung bawal sahaja. Even time hari sukan or merentas desa, memang guna tudung bawal. Agak susahlah untuk event macam ni minta guna tudung sarung. Kecuali waktu latihan sukan macam bola jaring atau dengan permission guru baru korang boleh pakai tudung sarung. But kalau kat asrama boleh je pakai tudung sarung tu.

4. Untuk suasana ketika dinner di SESERI, dilarang seret kerusi, berbual dengan kuat or buat bunyi dari sudu garfu korang. And memang tak boleh tidur langsung or skip dinner walaupun korang tak suka makanan tu. Waktu ni akan ada pengawas jaga dan ronda. Kalau ada orang kena berdiri tu tahu-tahulah apa dia buat.

5. SESERI hanya benarkan murid bawa laptop. Tapi itu pun ada masa tertentu boleh guna. Dan kena ada sticker khas yang dibayar dan ditampalkan di gajet tersebut. Jadi kat asrama tak boleh bawa langsung apa-apa gajet. Kalau macam MP3 pula hanya boleh guna di asrama dan tidak dibenarkan di blok akademik dan kelas. 

6. Tidak boleh redah hujan. Even renyai-renyai gitu pun wajib guna laluan yang berbumbung. 

7. Setiap murid wajib experienced petah bicara dan public speaking. Tajuk akan diberikan sehari sebelum dan sekiranya tak lepas atau dapat gred rendah, kena ulang balik. And benda ni buat depan semua orang. But fortunately for me, aku buat hanya waktu perhimpunan rumah sukan jadi kurang sikit orang tengok.

So that's few rules at SESERI. Kalau baca balik macam manalah aku boleh survive kat sini. But bukannya tiada yang menarik kat sini. Sebagai contoh:

1. The view. I LOVE view kat SESERI. Bayangkan korang boleh tengok KLCC, Menara 118 dan KL tower  (+ bangunan UMNO). Waktu pagi memang cantik sebab korang tak boleh dapatkan pemandangan macam ni kat sekolah lain.

2. Food is my favorite. But adalah makanan yang lauk ikan aku tak suka. Tapi mostly sedap. I don't know probably orang yang uruskan dewan makan akan berubah but waktu aku kat SESERI makanan yang dimasak memang tip top. 

3. Banyak aktiviti dan competition. Boleh jadi dalam atau luar negara, pelbagai peringkat dan paling penting dapat keluar sekolah. So dapatlah markah koko tinggi.

4. The cats. For me, Habuk is my favorite. Kucing kat SESERI ni banyak. Dah boleh buat mini zoo. Ada macam-macam kucing korang boleh jumpa kalau duduk sini. But sometimes ada je haiwan lain tiba-tiba muncul macam musang dan monyet. Aku ingat lagi Osman dan anak-anaknya. Musang-musang tu kalau tak kacau kelas memang tak sah.

5. No seniority. Maksudnya kalau korang lower form takde kena tunduk ke atau buat kerja untuk senior. Tapi taklah maksudnya korang tak respect senior. Just hubungan korang ngan senior jadi rapatlah dan boleh berbual dengan lebih senang. Tak perlu takut-takut.

6. Immersion. Ini program yang biasanya korang akan ada sama ada waktu Form 4 or Form 5. Korang dapat pergi sekolah lain untuk tinggal seminggu di sana dan belajar cara hidup mereka. Setiap sekolah ada rules dan cara yang berbeza dan di sini korang akan rasa lebih menghargai SESERI atas sebab tertentu.

Hmm rasanya itu je. Actually banyak lagi but too hard to remember because it's been months since I leave that school. But for sure korang akan rindu untuk spend time with your friends and teachers. Especially during SPM era, perasaan nak tinggalkan kawan yang korang dah gelak nangis gaduh bersama tu lagi terasa. But at the end, di mana ada pertemuan di situ ada perpisahan. 

That's all my experienced even banyak je lagi. I hope to anyone that read this especially for those who gonna be SESERIAN, good luck and enjoy your life at SESERI. Make wonderful experience and don't forget to take pictures of Habuk.

Here few pictures you wanna see at SESERI : 


This one is from my friend. Gambar ni diambil pada tarik 1/1/2025


Another one. As you can see banyak bangunan UMNO sebab memang terpacak kat situ and betul-betul dekat dengan SESERI.


This is HABUK! So cute but sometimes will ignore you because why not?

Ada banyak je lagi gambar but mostly on my phone. That's all and thank you for reading this blog. Byeee!

Ulasan