My Novel - Sinopsis

 Cinderella : Pengakhiran Bahagia (SINOPSIS)

Dia si gadis yang hidup penuh derita kerana ibu dan kakak-kakak tirinya. Kematian ayah yang disayangi secara mengejut menyebabkan harapan untuk teruskan hidup buatnya musnah. Kehadiran jejaka-jejaka kacak serta sang raja lebih kepada bala. Dan apa pula pengakhiran hidup si gadis? 

Mati.  

Itulah kisah sedih seorang Cinderella malang yang dibaca oleh Liona.  

Liona Heilin, dia hanya pelajar universiti yang suka membaca novel bergenre fantasi kerana dengan cara itulah dia dapat keluar dari realiti kehidupan. Satu buku novel menarik minatnya dan disebabkan 'ending' yang tidak diharapkan, dia mengamuk dan keluar mengambil angin malam.  

Pertemuannya dengan seorang jejaka adalah satu malapetaka kerana si jejaka membunuhnya! Kematian itu pasti menjemput namun lain pula perkara yang terjadi apabila dia membuka mata...  

"Oi, bangunlah anak haram!" 

Dia masuk ke dalam badan watak yang akan mati? Tak, dia tidak mahu mati lagi! Bagaimana cara Liona bertahan di dalam novel yang dibacanya? Adakah pengakhirannya sedih seperti alur cerita atau dia dapat mengubah dengan akhir bahagia selama-lamanya?  SILA KOMEN DAN RATE!

Ulasan